image

Buku Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: KSSR dan KSSM dihasilkan bagi memenuhi keperluan buku kaedah pengajaran khususnya dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kandungan buku ini mengambil kira kurikulum PJK Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini yang terkini dan merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain itu, buku ini turut memuatkan kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan yang terkini. Antara topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani, Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan di Malaysia, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Gaya Pengajaran Mosston dalam Pendidikan Jasmani, Teaching Games for Understanding (TGfU), Pengajaran Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Persediaan Rancangan Mengajar dan Sesi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pembinaan Bahan Bantu Mengajar, Inovasi dalam Pengajaran, Kriteria Pemilihan Aktiviti dalam Pendidikan Jasmani Kesihatan, dan Pentaksiran dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Buku ini diharap dapat membantu para pelajar yang sedang mengikuti latihan perguruan di IPTA dan juga IPG. Selain itu, buku ini turut sesuai digunakan sebagai rujukan tambahan kepada pengamal-pengamal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah di IPT.


Instructor Biography

Zarizi Ab. Rahman dilahirkan di Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Semerak. Beliau mendapatkan latihan perguruan di Institut Bahasa, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan) di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan PhD (Pendidikan Sains Sukan) di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mempunyai pengalaman mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di semua peringkat institusi pendidikan yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Bangsar, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sebagi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, dan Institut Pendidikan Guru Kampus llmu Khas sebagai Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di kini menjawat jawatan Pensyarah Kanan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA. Beliau turut terlibat dalam penulisan buku-buku berkaitan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk murid-murid di sekolah menengah, institusi pendidikan tinggi danjuga rujukan umum.

 

Rozita Abdul Latif dilahirkan di Selama, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan di sekolah rendah di Pulau Pinang sebelum pelajaran di Sekolah Menegah Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) UPM, Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) CJPM dan Doktor Falsafah (Sosiologi Pendidikan) IJKM. Memulakan perkhidmatan di Maktab Rendah Yayasan Terengganu-MARA, Dungun, Terengganu. Bertugas sebagai Pensyarah di Institut Teknologi MARA pada tahun 1997; dan kini sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA cawangan Seremban. Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Sains Sukan selama tujuh bulan dan sebagai pensyarah selama 23 tahun. Masih bergiat cergas dalam aktiviti permainan bola tampar. Aktif dalam penulisan artikel jurnal penyelidikan, modul dan buku yang berkaitan.

 

Mazlina Mahmood dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Februari 1968. Bermastautin di Besut, Terengganu dan mempunyai enam orang anak. Mempunyai kelayakan akademik Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPM, Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) UPM, Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan) UKM dan Doktor Falsafah (Pengurusan Sukan) UKM. Memulakan perkhidmatan di SMK Sultan Sulaimana, Terengganu. Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Sains Sukan selama 26 tahun. Masih bergiat cergas dalam permainan bola jaring. Aktif dalam penulisan artikel jurnal penyelidikan, modul dan buku yang berkaitan dengan bidang kepakaran.

 

Jamaliyah Ahmad ialah pensyarah akademik Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Institut Pendidikan Guru Kampus llmu Khas, Kuala Lumpur. Beliau telah melibatkan diri dalam penulisan buku teks mulai tahun 2004 dan masih aktif menulis hingga kini. Antara hasil penulisan beliau ialah buku teks Sains Sukan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KBSR, KSSR dan KSSRPK. Selain itu, beliau menulis buku kerja Sains Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan peringkat sekolah rendah dan menengah. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai panel penilai manuskrip dan kawalan mutu untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bagi penerbitan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSR dan KSSRPK.

Average Rating

4
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.