image

Ketua merupakan tunjang organisasi, dan pekerja ialah nadi sesebuah organisasi. Buku ini mempunyai panduan santai kepada ketua dalam memahami tingkah laku warga organisasi. Tingkah laku kewargaan organisasi (atau lebih dikenali sebagai organizational citizenship behavior atau OCB) adalah tingkah laku yang membantu organisasi tetapi mungkin tidak dikenali secara langsung dalam sistem ganjaran formal organisasi. Tingkah laku kewargaan organisasi adalah amat penting dalam menggerakkan sasaran organisasi. Dengan mengenali tingkah laku warga organisasi, ketua dapat menambat hati pekerja sekali gus menjadikan objektif organisasi lebih mudah dicapai.


Instructor Biography

Azlyn Ahmad Zawawi merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Beliau merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia) dari Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah kajian kesepasukanan, kepimpinan sektor awam, tingkah laku organisasi, dan pengurusan organisasi secara keseluruhan.

Asmadi Mohammed Ghazali merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA. Pengkhususan penyelidikan dan pengajaran beliau meliputi bidang pengurusan rekod dan pengurusan arkib, pengurusan perpustakaan, multimedia, dan ICT.

Nurul Liyana Mohd Kamil merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau memiliki Ijazah Doktor Kedoktoran (Pengurusan Sumber Manusia) dari Universiti Sains Malaysia. Penyelidikan beliau memfokuskan kepada pembangunan modal insan serta tadbir urus korporat. Beliau mengetuai geran penyelidikan dan menerbitkan pelbagai makalah ilmiah peringkat tempatan dan antarabangsa.

Nur Hairani Abd Rahman merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Dasar Awam dari Universiti Sains Malaysia. Kajian beliau memberi fokus kepada disiplin dasar awam, dasar sosial, dan pentadbiran awam.

Reviews

  • image

    Nur Hairani Abd Rahman

    Buku yang menarik dan mudah difahami.

    21/02/2023 01:54:17

  • image

    Bacaan terbaik bagi ketua dan ahli pasukan!

    21/02/2023 01:22:14

  • image

    Good content

    20/02/2023 22:59:17

  • image

    many beneficial tips to be a good leader

    20/02/2023 10:17:15

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.