image

Penuaan secara umumnya adalah proses peralihan umur yang dilalui manusia dalam bentuk temporal, iaitu melibatkan masa dan berakhir dengan kematian. Proses perubahan kritikal yang berlaku secara beransur-ansur ini melibatkan bukan sahaja aspek fizikal, malah aspek mental; kognitif dan emosi manusia. Proses penuaan dilihat daripada perspektif Islam dan bidang neurosains; merangkumi secara keseluruhan dari permulaan kejadian manusia hinggalah ke peringkat tua. Perspektif Islam melihat isu ini dari aspek kejadian manusia, menerusi penciptaan Adam a.s. dan zuriatnya, keupayaan memori, proses intelek, deria, emosi serta psikologi, penyakit sistem saraf yang berkaitan dengan proses penuaan dan hubungan psikospiritual dengan proses penuaan dalam Islam. Daripada perspektif neurosains, proses penuaan dilihat dari aspek anatomi dan fisiologi sistem saraf, pembentukan sistem saraf, keupayaan memori, proses intelek, deria, emosi, dan psikologi. Turut dibincangkan adalah penyakit-penyakit berkaitan sistem saraf yang biasanya dialami oleh warga tua. Kebanyakan isu yang dibahaskan mempunyai banyak titik persamaan dari kedua-dua perspektif; Islam dan neurosains.


Instructor Biography

Penulis utama, Dr. Mohd Amzari Tumiran, pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor. Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang al-Quran (Agama dan Sains) daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dr. Wan Adriyani Wan Ruzali merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang neurosains melibatkan penyakit neurodegenatif.

Dr. Ahmad Zuhdi Ismail, merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang Pemikiran Islam.

Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli, merupakan Profesor Madya di Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang neurosains yang melibatkan beberapa aspek seperti struktur sistem saraf, sains kelakuan dan kognitif.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.