image

Buku Cabaran Komuniti Orang Asli dalam Matlamat Pembangunan Lestari bertujuan untuk menelusuri cabaran komuniti orang asli dalam memperkasa kemajuan pada masa hadapan. Buku ini menyentuh perbincangan mengenai Pendidikan Sekolah Rimba, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kejayaan Akademik Komuniti Orang Asli, Pendidikan Keusahawanan, Undang-undang, Perkhidmatan Jalur Lebar Internet, Peranan Kaunseling dan Cabaran dan kelestarian Kehidupan Komuniti orang asli. Perbincangan dalam buku ini dapat dilihat khususnya dalam beberapa aspek yang saling berhubung kait antaranya melalui keperluan membangunkan kelestarian Pendidikan komuniti orang asli selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030). Penulisan buku ini dijayakan agar pembaca memahami dalam usaha yang boleh dilakukan dalam menelusuri cabaran dalam memperkasa kelestarian pendidikan, sosioekonomi dan kehidupan komuniti orang asli. Buku ini harus dimiliki oleh mereka yang berminat tentang Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs 2030) khususnya mengenai kelestarian kehidupan Komuniti Orang Asli. Lantaran itu, buku ini juga sesuai dijadikan rujukan para pengkaji pembangunan lestari, bidang geografi, alam sekitar, sains persekitaran, dan juga pelbagai bidang yang merentas disiplin serta para siswazah dan orang awam.


Instructor Biography

Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim seorang pensyarah di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Felo SDGs (Sustainable Development Goals), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau merupakan Adjunct Profesor yang dilantik oleh Universitas Muhamadiyah Surakarta (UMS), Indonesia pada tahun2021-2022. Beliau juga dijemput sebagai Visiting Profesor di beberapa Universiti di Asia Tenggara dan seorang Editor Jurnal Perspektif FSK UPSI, Editor Jurnal Antarabangsa di beberapa Universiti di Asia Tenggara dan Panel Penilai bagi beberapa Jurnal index Scopus. Beliau juga melibatkan diri dalam Persatuan Iklim Bandar Antarabangsa (IAUC) serta mempunyai pengalaman luas sebagai Keynote Speaker dan Speaker jemputan di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Beliau amat proaktif dalam aktiviti NGO dan aktiviti kesukarelawanan seperti aktiviti kemasyarakatan di Malaysia dan Global.

Dr. Sakinah Salleh merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Pendidikan awal beliau ialah Sarjana Muda llmu Wahyu dan Warisan Islam, dan Diploma Pendidikan (UIAM). Sarjana Kaunseling (UM) dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan (Pengkhususan Kaunseling Psikologi, UIAM). Beliau juga memiliki Sijil Profesional Kompetensi Bertauliah dan telah mencapai standard Pengamal Kompetensi Mahir oleh SMR HR Group Institute. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kaunseling, pendidikan dan pembangunan karakter. Sebagai penulis Dr. Sakinah telah menulis dalam pelbagai genre penulisan, baik penulisan ilmiah dan umum bersama pelbagai penerbit termasuk DBP. Kajian beliau banyak berkisar berkait bidang pendidikan dan psikologi kaunseling.

Prof. Madya Dr. Norwaliza Abdul Wahab merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendidikan beliau ialah Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling (UPM), Ijazah Sarjana Pendidikan Sosiologi Pendidikan (UPM) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang penulisan. Minatnya terletak pada pedagogi Orang Asli, pengurusan bilik darjah, pendidikan dan perubahan sosial, isu sosial serta multibudaya. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang Orang Asli yang menyebabkan beliau menerbitkan beberapa buku mengenai perkara tersebut.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.