image

Kajian ini berdasarkan pelaksanaan penyelidikan bagi memenuhi Geran Galakan Penyelidikan Universiti Khas (GGPU) 2019 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini telah dilaksanakan di Zon Tengah Semenanjung Malaysia dan dapatan kajian menunjukkan analisis keperluan latihan dan kemahiran kepada guru dan murid. Implikasi kajian, mendapati keperluan pembangunan modul Satu Sekolah Satu Industri bagi menyokong polisi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Malaysia.


Goals/Objectives

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA BAGI MURID BERKEPELRUAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.

Instructor Biography

Kama bin Shaffeei berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Khas di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Dalam kerjaya beliau pernah berkhidmat 23 tahun di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 01 Januari 1997 hingga 30 Mei 2019. Beliau pernah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah, menjawat jawatan jurulatih utama kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Selangor dan Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Khas, KPM di Putrajaya. Mula bertugas di UPSI pada 01 Jun 2019 hingga kini. Beliau telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ditahap Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran, Beliau juga teribat dalam melaksanakan penyelidikan, perundingan dan penyeliaan di peringkat UPSI, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), KPM dan Swasta.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.