product-view

ASAS PENGURUSAN HARTANAH ISLAM

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 91 )

$ 7.13

Description

Asas Pengurusan Hartanah Islam ini mengetengahkan ilmu-ilmu asas dalam aspek pengurusan hartanah Islam bermula daripada sejarah perkembangan pengurusan hartanah Islam, pemilikan dan pelupusan tanah, akad dan kontrak urus niaga hartanah sehinggalah kepada isu-isu kontemporari pengurusan hartanah Islam. Perbahasannya yang ringkas dan padat sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan oleh semua golongan masyarakat. Buku ini juga adalah hasil usaha dan gabungan idea daripada pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Perlis dan UiTM Perak serta pensyarah daripada Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.


Instructor Biography

Noraini Ismail merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Perlis dan telah berkhidmat di UiTM dari tahun 2007. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Usuluddin dari Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai Diploma Profesional dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM dan Diploma Eksekutif Pengurusan, UM. Pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) dari 2002 hingga 2007. Bidang kepakarannya adalah dalam dakwah serta pengurusan dan pembangunan insan.

 

Paiz Hassan merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Perak Kampus Seri Iskandar. Berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Malaya dalam bidang muamalat dan hartanah Islam. Berpengalaman sebagai seorang pendidik selama 13 tahun dan menghasilkan beberapa penyelidikan, buku, artikel dan lain-lain.

 

Amin Che Ahmat merupakan anak kelahiran Pokok Sena, Kedah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Kepujian (Akidah dan Pemikiran Islam) tahun 2009 dan Sarjana Usuluddin (Tasawuf) tahun 2012 dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman mengajar subjek Pengurusan Hartanah Islam selama tiga tahun di UiTM Perlis. Pada Mei 2015 sehingga kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Perak Kampus Tapah.

 

Muhammad Nasri Md Hussain adalah pensyarah di Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Mendapat kelulusan sarjana muda Pendidikan Islam (B.Is. Edu) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA) Universiti Kebangsaan Malaysia dan Phd dalam bidang kewangan Islam (Universiti Malaya). Kini beliau dilantik sebagai pengarah Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat UUM-LZNK. Beliau juga adalah panel penilai MQA Malaysian Qualications Agency (MQA) Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam. Ahli berdaftar Persatuan Takaful Malaysia (MTA), penasihat Syariah yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk Munich Retakaful Malaysia dan pemeriksa luar bagi program Phd di UIA, UM, UKM, USIM, UPSI, UNIMAP dan Unishams dalam pengajian Islam.

Mohd Sollehudin Shuib merupakan pensyarah muamalat di Jabatan Muamalat dan Pengurusan Halal di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM. Beliau sebelumnya mendapatkan pengajian dalam bidang Syariah (ekonomi Syariah) di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kajian-kajian beliau termasuklah dalam bidang muamalat, keusahawanan halal, pembiayaan Islam dan kewangan Islam. Beliau turut menerbitkan artikel berkaitan muamalat dan kewangan Islam.

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.