image

Buku ini membincangkan rekreasi mendaki gunung di Semenanjung Malaysia. Buku ini ditulis untuk mengisi kekurangan penulisan ilmiah berkaitan dengan aktiviti mendaki gunung serta untuk memberi maklumat mengenai gunung yang menjadi tumpuan pendaki di Semenanjung Malaysia. Buku ini terdiri daripada sembilan bab. Secara umum buku ini memberi latar belakang mengenai keadaan semasa aktiviti rekreasi mendaki gunung serta potensi aktiviti ini untuk dimajukan lagi di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana buku ini melihat aktiviti mendaki gunung sebagai aktiviti rekreasi, buku ini turut menghuraikan hubungan rekreasi dengan senggang, sukan dan pelancongan. Sebagai panduan kepada pendaki dan penganjur aktiviti pendakian, buku ini membincangkan peranan dan tanggungjawab mereka dari sudut perundangan, peraturan serta keperluan agensi kerajaan yang berkenaan; kedudukan gunung yang menjadi tumpuan utama pendaki mengikut banjaran gunung utama serta laluan pendakian gunung-gunung terpilih; dan memberi maklumat ringkas mengenai laluan pendakian. Buku ini sesuai dibaca oleh penggiat dan peminat aktiviti mendaki gunung dan berguna sebagai bahan rujukan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan penyelidik dalam bidang perancangan pembangunan, sukan dan rekreasi, pelancongan dan pengurusan sumber dan alam sekitar. 


Instructor Biography

Abdullah Mohamad Said ialah profesor dalam bidang perancangan dan pengurusan alam sekitar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak.

 

Mohd Asrul Hassin ialah pensyarah kanan dalam bidang Ukur Bangunan UiTM Cawangan Perak. Beliau ialah calon PhD dalam bidang Senibina dan Alam Bina.

 

Kedua-dua penulis aktif dalam aktiviti mendaki gunung.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.