image

Naskhah yang mengandungi maklumat asas virus, cara virus diberi nama, jenis sampel untuk pengecaman di makmal dan ancaman virus kepada manusia. Untuk perbincangan lebih spesifik, rotavirus dipilih hasil daripada pengalaman penulis di Enteric Virus Research Laboratory, Murdoch Childrens Research Institute, Melbourne, yang menerangkan bagaimana rotavirus ditemui, ujian EIA, RNA-PAGE, G dan P genotip, penciptaan vaksin RV3-BB, penulisan dan penyelidikan. Hasil kajian 18 orang penyelidik rotavirus di Malaysia juga disertakan.

Kandungan lain termasuk penerangan tentang virus-virus penting yang disaring di Pusat Darah Negara sebelum darah dipindahkan kepada pesakit, peranan IMR sebagai pusat rujukan serta peranan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk pengawasan penyakit.


Instructor Biography

Berasal dari Teluk Intan, Perak. Mula bertugas sebagai Ahli Kajikuman di Jabatan Patologi, Hospital Johor Bahru pada tahun 1982, tahun 1986 di Hospital Kuala Lumpur, tahun 1998 di Hospital Umum Sarawak dan di Makmal Kesihatan Awam Sg Buloh dari tahun 2004.

Perkhidmatan terakhir ialah di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Jalan Othman pada tahun 2006 dan bersara wajib pada tahun 2012. Sepanjang enam tahun di UiTM, beberapa penyelidikan dan penyeliaan pelajar-pelajar siswazah melalui dana FRGS (2007-2009), eScience (2008-2010), Dana Kecemerlangan UiTM (2009 – 2011) dan ERGS (Jun 2012) telah diperolehi dan menghasilkan beberapa artikel.

Penulis telah berkeluarga, tinggal di Senawang, Negeri Sembilan dan masih lagi mempunyai minat membaca, menulis dan berkebun.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.