image

Kerjaya akademia merupakan salah satu kerjaya yang dinamik, menarik dan memberikan kepuasan kepada para ahli akademik. Namun begitu, pelbagai transformasi telah berlaku dalam bidang pengajian tinggi di peringkat nasional dan global yang melibatkan penawaran program pascasiswazah dan penyelidikan, keperluan akreditasi, jaminan kualiti, e-pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Kepimpinan negara juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa di rantau Asia Tenggara. esemua ini memberikan impak besar dalam kerjaya sebagai ahli akademik. Justeru, kerjaya ini memerlukan keterampilan staf akademik yang berperanan sebagai pakar bidang, pendidik, penyelidik, pengurus dan pemimpin pada waktu yang sama. Sehubungan itu, staf akademik perlu mengambil pendekatan strategik terhadap kerjaya akademia mereka.

Pada masa yang sama, organisasi juga wajar merancang pembangunan kerjaya untuk kepentingan dan pembangunan staf. Namun realitinya, ramai dalam kalangan staf akademik tidak betulbetul merancang laluan kerjaya mereka. Akibatnya, mereka sering terlepas peluang untuk maju kepada tahap yang lebih tinggi dalam laluan kerjaya ini.

Dalam konteks tersebut, penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pensyarah muda dalam merancang laluan kerjaya masing-masing dan mengurusnya dengan lebih bijak dan strategik melalui petunjuk umum dan panduan yang diketengahkan oleh buku ini. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada para graduan, bakal pensyarah, dan pensyarah universiti yang sedang membina kerjaya mereka sebagai ahli akademik.


Instructor Biography

Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim ialah Professor dalam bidang kejuruteraan Alam Sekitar dan Jurutera bertauliah di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada masa yang sama, beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM. Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Mohd Azraai mendapat Pendidikan awal di Clifford Primary School, Kuala Kangsar; Pendidikan menengah rendah di Anglo Chinese School, Ipoh; dan seterusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Selepas menamatkan A Levels di Swansea College of Further Education, Wales (1976-1978), beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (1978-1981) dab Ijazah Sarjana (1981-1983) dalam bidang Kejuruteraan Awam di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), Manchester, England. Kemudiannya, beliau melanjutkan lagi pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar di University of Newcastle Upon-Tyne, United Kingdom, pada tahnun 1988 hingga 1992.

Selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana, Mohd Azraai memulakan kerjaya sebagai pensyarah di FKA, UTM mulai 30 November 1983. Sepanjang kerjanya, beliau di UTM, iaitu sebagai Ketua Jabatan, Kejuruteraan Alam Sekitar (1992-1994); Timbalan Dekan Akademik, FKA (1994-1997); Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah, FKA (Julai-Okt 1997); (1997-2000); Dekan, Fakulti Kejuruteraan Awam (1997-2000); Timbalan Naib Canselor Pembangunan (2000-2003); Dekan SPACE (2004-2008); Dekan Hal Ehwal Antarabangsa (2008-2009); Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (2009-2012); dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (15 Januari 2012-2018). Selain daripada jawatan pentadbiran di peringkat Universiti, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa buah syarikat seperti di UTM Holdings Sdn. Bhd, Uni-Technologies Sdn. Bhd. dan MARSAH Sdn. Bhd.

Mohd Azraai juga aktif dalam penyelidikan, penulisan dan perundingan khususnya dalam bidang air dan air sisa. Beliau telah menerajui dan terlibat dalam lebih 21 buah projek penyelidikan dan 19 projek perundingan, serta menghasilkan dua buku terjemahan dan lebih 130 kertas jurnal dan prosiding. Beliau juga ialah ahli kepada beberapa pertubuhan professional seperti International Water Association (IWA), Environmental Management and research association of Malaysia (ENSEARCH) Felo Institut Jurutera Malaysia (IEM) Malaysian Society for Engineering and Technology (MySET) dan jurutera professional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kini beliau merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA berkuatkuasa 15 Februari 2019.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.