image

PENJAGAAN kesihatan mental dan spiritual yang berkesan dapat mengurangkan risiko keganasan dalam keluarga secara khusus dan cubaan bunuh diri dalam kalangan masyarakat yang semakin meningkat. Pandemik COVID-19 merupakan satu penyakit berjangkit yang telah melanda dunia pada penghujung tahun 2019, menjadi satu igauan ngeri buat semua manusia seluruh dunia. la merupakan satu ancaman yang tidak dapat dilihat dan telah meragut berjuta nyawa tanpa mengira kelas dan darjat manusia dalam masyarakat. Kesan daripada pandemik ini telah menyebabkan ramai manusia mengalami tekanan yang sangat hebat dan turut memberi impak yang serius kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Pemberhentian kerja secara besar-besaran oleh majikan, pemotongan gaji, kekurangan kewangan dengan beban yang makin meningkat menyebabkan ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak mampu menangani kesan ini dengan mengambil jalan singkat iaitu menamatkan hidup masing-masing. Sehubungan itu, buku ini cuba membincangkan secara khusus berkenaaan penjagaan kesihatan mental dan spiritual dalam menghadapi tekanan kesan daripada pandemik COVID-19 ini. Kesemua bab yang dibincangkan di aalam buku ini cuba untuk memberikan alternatif kaedah terbaik kepada masyarakat untuk mengurangkan tekanan mental dan spiritual. Semoga buku ini boleh menjadi panduan kepada kehidupan yang lebih baik untuk semua.


Instructor Biography

ROZAINEE Khairudin, PhD. adalah Prof. Madya di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga adalah Timbalan Dekan Siswazah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kepakaran beliau dalam bidang Psikologi Kognitif. Bidang penyelidikan beliau adalah bertumpu kepada set minda, emosi dan kognisi dan ingatan palsu.

 

SUZANA Mohd Hoesni, PhD. Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Kepakaran beliau dalam bidang Psikologi Perkembangan. Penyelidikan beliau tertumpu kepada aspek dalam bidang psikologi perkembangan yang memfokuskan kepada kajian tentang psikologi positif, kematian, dan perhubungan rapat seperti perkahwinan serta cinta.

 

ARENA Che Kasim, PhD. Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Kepakaran beliau dalam bidang Psikospiritual. Penyelidikan beliau tertumpu kepada aspek-aspek psikologi agama, etika dan integriti, nilai, toleransi dan kekeluargaan.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.