image

Kurangnya pendedahan masyarakat tentang masalah mental dan depresi menyebabkan wujudnya pelbagai stigma yang boleh menyebabkan pesakit mengelak untuk berbicara tentang penyakit ini secara terbuka. Namun, besar harapan penulis agar masyarakat lebih memahami apa sebenarnya yang dilalui oleh seorang pesakit dari segi emosi dan juga fizikal melalui penulisan santai AkU, SKIZO-AFEKTIF: Sebuah Permulaan Kisah Depresi dan Puisi. Karya ini merupakan sebuah jurnal kisah depresi yang direncanakan sebaik mungkin untuk dikongsi supaya pembaca terutamanya mereka yang berkait rapat dengan pesakit mental (ibu baoa, pasangan, ahli keluarga, sahabat dan lain-lain) dapat memahami dengan lebih dekat perihal depresi dari persepsi seorang pesakit. 
Penulis menceritakan pengalaman dari awal mengalami simptom, perubahan emosi, gangguan penyakit sehinggalah berjaya didiagnos dan selanjutnya dan selanjutnya berjaya mendapatkan rawatan mereka yang pakar. Moga karya ini dapat membantu serta memberi kekuatan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat mereka yang sama-sama menghadapi masalah mental dan depresi. Besar harapan seorang yang menderita penyakit ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan seadanya di samping mendapatkkan bantuan yang sewajarnya daripada keluarga, masyarakat dan juga ahli profesional.


Instructor Biography

Berusia 38 tahun, AKU, SKIZO-AFEKTIF: Sebuah Permulaan Kisah Depresi dan Puisi
merupakan judul pertama hasil nukilan ROHAYU AYOB. Sebagai seorang pesakit yang didiagnos dengan SKIZO-AFEKTIF, beliau membawa harapan dan pengisian dalam penulisan kreatif supaya masyarakat di luar sana lebih empati dengan mereka yang
mengalami masalah penyakit mental dan depresi. Penulis yang dilahirkan di Kedah ini menganggap menulis adalah salah satu terapi yang berkesan di samping proses rawatan yang dijalani. Sebagai seorang ibu kepada empat cahaya mata menganggap penyakit ini satu ujian dan besar harapan beliau untuk menjalani kembali kehidupan seperti normal.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.