Tun Dr. Mahathir Mohamad-Kuasa & Krisis Kehakiman 1982-1988
Buku Tun Dr. Mahathir Mohamad Kuasa & Krisis Kehakiman 1982-1988 bertujuan untuk menelusuri pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-4 dan kesannya terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman dapat dilihat khususnya dalam beberapa aspek yang saling berhubung kait antaranya siri campur tangan dan perluasan kuasa eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman dalam tempoh masa yang dikaji. Ia menjadi politik antara badan eksekutif dengan badan kehakiman Malaysia.
Instructor Biography
Dr. Mohamad Asrol Arpidi bin Mamat, merupakan anak kelahiran Tumpat, Kelantan. Dilahirkan pada 25 Ogos 1985. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Politik dari UKM pada tahun 2009, sementara di peringkat Sarjana pula pengkhususan beliau dalam bidang Sejarah Malaysia (UPSI)(2015) dan mendapat Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dari UPSI pada tahun 2020. Aktif dalam kepimpinan di peringkat kolej dan universiti, dilantik sebagai Timbalan Ketua Jentera Pilihan Raya Kampus UKM (Kolej Keris Mas)(2008), Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Aspirasi UKM (2008). Berpengalaman dalam aspek kajian dan penulisan ilmiah bidang sejarah Malaysia. Berperanan sebagai penulis buku terbitan UTHM yang berjudul “Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970” (penerima Anugerah Buku Negara 2018: Kategori Buku Biografi Terbaik). Pernah menjadi pembantu editor bagi penerbitan buku “Parlimen Malaysia” (2009) dan “Direktori 50 Tahun Parlimen Malaysia” (2010). Juga aktif menulis artikel jurnal. Beliau boleh dihubungi melalui email:[email protected].
Profesor Dr. Haji Ishak Saat merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 35 tahun, sejak 1988. Pernah bertugas sebagai Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pengarah, Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2010-2011). Kini merupakan Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau juga merupakan Profesor Kunjungan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dari 31 Disember 2017 hingga 31 Julai 2018 dan merupakan ahli Senat Universiti Pendidikan Sultan Idris (2019-2025). Beliau juga terlibat sebagai Pengerusi Panel Pakar Rujuk Mata Pelajaran Sejarah dan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2023-2027). Beliau aktif menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bidang Sejarah Malaysia, hasil karya beliau melebihi 45 buah buku. Beliau boleh dihubungi melalui email: [email protected]
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.