Isu-isu Pekerjaan Semasa Tempoh Pandemik Covid-19
BUKU bertajuk Isu-Isu Pekerjaan: Semasa Tempoh Pandemik COVID-19 ini ditulis dengan melibatkan beberapa pakar akademik dan praktikal industri yang membawa input-input terkini berkaitan aspek pekerjaan terutama berkaitan isu penularan virus COVID-19. Pelbagai aspek disentuh secara umum melibatkan pihak organisasi dan majikan, pihak pekerja dan masyarakat lain yang terlibat dengan urusan-urusan kerja harian. Penulisan secara santai berbentuk separa akademik ini amat sesuai dibaca untuk semua golongan terutama individu yang telah bekerja. Buku ini juga turut menyentuh isu-isu perundangan, kekeluargaan dan pendidikan juga berkaitan keperluan masyarakat umum semasa berhadapan situasi COVID-19. Dampak besar dilihat boleh mempengaruhi cara pekerjaan dan kehidupan masyarakat dengan permasalahan COVID-19 ini. Oleh itu, intipati buku ini diharapkan dapat memberi sinar dan pandangan daripada sudut yang berbeza untuk berhadapan dengan masalah yang melanda dunia ini.
Instructor Biography
MOHD NASIR Selamat (PhD), adalah pensyarah kanan di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berfokus kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ergonomik, program latihan dan pembangunan.
DANIELLA Mokhtar (PhD), adalah pensyarah muda (Fellowship) di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang psikologi keselamatan dan kesihatan pekerja (Occupational Health Psychology).
FATIMAH WATI Halim (PhD), adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau tertumpu aspek wpersonaliti dan kesejahteraan manusia serta psikologi industri dan organisasi.
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.