image

Mendengar bukanlah tugas yang senang. Penulis cuba mendedah dan menimbulkan kesedaran terhadap aktiviti mendengar (listening) kepada sesiapa sahaja yang berniat baik untuk menolong insan lain dalam menjalani kehidupan mereka sama ada untuk tujuan dunia mahupun akhirat atau kedua-dua sekali.

Tugas menolong dilakukan oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari pada setiap masa. Banyak faedah jika kita dapat mendengar aktif. Kandungan perbincangan buku ini menyentuh pendengaran dan mendengar yan diperlukan oleh seseorang penolong. Penekanan utama ialah kepada konsep mendengar (listening), khusus daripada aspek fizikal telinga dan aspek mendengar psikologikal, iaitu melalui hati, perasaan dan pemerhatian. Tujuan khusus penyampaian dalam buku ini adalah membincangkan aspek mendengar daripada sudut seorang penolong terutamanya kaunselor. Walaupun begitu, penolong-penolong lain seperti penasihat, pembimbing, pengajar dan pengurus boleh mendapat manfaat daripada membaca buku ini.


Instructor Biography

Abdul Malek Mat Zin dilahirkan di Kuantan, Pahang. Kini, bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya, Diploma Psikologi (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dan Sijil Perguruan MPSI Tanjong Malim. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Bermula 1987 hingga 1997, beliau telah bertugas sebagai pensyarah Bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Khas di Institut Perguruan Sultan Idris. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.