image

Buku Kepimpinan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mengandungi 13 bab yang lengkap meliputi pelbagai aspek pengurusan di peringkat TADIKA dan TASKA. Buku ini juga menjelaskan teori-teori yang berkaitan, serta menerangkan ciri-ciri pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan yang merangkumi aspek pengurusan kakitangan, pengurusan murid, penyelenggaraan peralatan, pengurusan kewangan, pengurusan makanan, pengurusan program serta hubungan pusat awal kanak-kanak dengan komuniti. Selain itu, buku ini turut membincangkan tentang kepimpinan dan juga bidang keusahawanan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang boleh diterokai khususnya proses penubuhan TADIKA dan TASKA.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Nordin Mamat adalah pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Berpengalaman sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan terkini beliau merupakan Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi UPSI. Berkelulusan Ph.D Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Faculty of Education, University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom (UK). Kepakaran beliau diiktiraf melalui pelantikan sebagai ahli panel penilai program dan pengerusi panel penggubal Program Standard: Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency).

Puan Fairuz 'Ain Harun merupakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Memperoleh ijazah sarjana muda sains kemanusiaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia seterusnya mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan (Prasekolah) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan pernah terlibat sebagai penulis modul, penilai dan juri di peringkat universiti dan industri dalam bidang awal kanak-kanak.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda (Pembangunan Manusia) UPM dan mengikuti pengajian Master Sains (Pentadbiran Pendidikan) dari universiti yang sama. Bekerja sebagai guru prasekolah di Makmal Perkembangan Kanak-kanak, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, selama 5 tahun sebelum berpindah ke UPSI pada tahun 2006 sebagai pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kemudian menyambung dan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pedagogi PAKK di Universiti Sains Malaysia pada 2014.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.