Antologi Puisi: Rencah Rasa Kampus
Antologi Puisi Rencah Rasa Kampus menampilkan 80 karya hasil luahan penulis serata UiTM satu Malaysia untuk santapan pembaca semua. Ada yang manis lemak, ada yang tawar tetapi berbisa, ada yang masin tetapi mampu buat kita menguntum senyuman. Malah ada yang membuatkan kita diimbau kenangan. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat menuntut ilmu atau mencurahkan jasa.
Tetaplah sirip garam disadur, untukmu UiTM, tak sesekali jiwaku undur. - Citra Kuning Ungu oleh NukHikma Mat Yusof
Jujur bekerja elakkan cuai, tuai bahagia balasan syurga. - Kerangka Diri Pekerja oleh Nor Hashimah Abd Wahid
Kamu sedang belajar, dia juga sedang belajar. Belajar itu bukan mudah, mengajar itu juga lebih susah. Tapi dia terus gagah. - Hati Guru Tua Bakal Pesara oleh Che Latifah Ismail
Di sini kutemui pengajar berwibawa, di sini kukenali cinta sejati. - Aku dan Dirimu oleh Darkfairy
Pelajar cemerlang taat akan Tuhan, jasa UiTM jangan dilupakan. - UiTM di Hatiku oleh Nor Azira Mohd Radzi
Dengarkanlah luahan kami, hidup kami di kampus tidak seindah khabar, setiap hari kami terpaksa mencatu makanan kerana tiada wang. - Luahan Rencah Siswa Kampus oleh Muhammad Hamidee Redzuan
Instructor Biography
NukHikma Mat Yusof, Nor Hashimah Abd Wahid, Che Latifah Ismail, Darkfairy, Nor Azira Mohd Radzi, Muhammad Hamidee Redzuan dan ramai lagi.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.