image

Pendidikan tahfiz al-Quran semakin mendapat sambutan di pelbagai peringkat pendidikan. Ini dapat dibuktikan apabila pelbagai agensi dan institusi menawarkan pendidikan tahfiz al-Quran di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi menerusi pelbagai program akademik. Ia selaras dengan aspirasi negara dalam agenda Transformasi Negara (TN50) yang mensasarkan golongan huffaz akan terlibat secara terus dalam bidang-bidang profesional. Sehubungan itu, pada tahun 2018, UiTM menyambut baik aspirasi ini dengan membuka peluang kepada para huffaz yang melanjutkan pengajian di UiTM apabila memperkenalkan Program Plus Tahfiz UiTM dalam usaha untuk mempertahan dan meningkatkan mutu hafazan al-Quran.

Kandungan dan bab dalam buku ini disusun selepas mengambil kira kesesuaiannya dalam pelaksanaan prosedur dan operasi pentadbiran bagi Program Plus Tahfiz UiTM. Program ini juga merupakan satu-satunya program yang ditawarkan di seluruh sistem UiTM merentas fakulti dan bidang pengajian. Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan Program Plus Tahfiz UiTM dalam usaha untuk melancarkan operasi pelaksanaannya.


Instructor Biography

Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengurusan Industri Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam, Selangor. Mendapat pendidikan awal tahfiz al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Gemencheh, kemudian melanjutkan pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Darul Quran, JAKIM. Mendapat pendidikan sarjana muda Fiqh & Fatwa dan peringkat Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Aktif dalam pentadbiran dan pembangunan pendidikan Tahfiz Al-Quran di UiTM, beliau pernah berkhidmat sebagai guru Al-Quran, penyelaras dan koordinator bagi Program Plus Tahfiz di peringkat UiTM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.