Kumpulan Esei Bahasa dan Kesusasteraan
Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sering dipertikaikan. Hal tersebut timbul kerana terdapat pihak yang tidak meyakini kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap dan pemangkin kemajuan. Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan, pengungkap peradaban bangsa dan juga sebagai bahasa ilmu. Tradisi persuratan Melayu di Nusantara juga telah melahirkan karya-karya ketatanegaraan, undang-undang dan perubatan tradisional.
Kesemua yang tersebut itu terjadi setelah bahasa Melayu menerima pengaruh lslam. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi Lingua franca, kemudian berkembang dengan lebih pesat pada era modenisme melalui pembentukan peristilahan, perkamusan dan penerbitan. Kepesatan itu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang terpenting di Nusantara. Peranan dan fungsinya sentiasa relevan dengan semua keperluan hidup.
Bahasa itu menyerlahkan imej kesantunan dan kemerduan pengucapan pemakainya serta keindahan dan kreativiti dalam persuratan. Gambarannya terlihat dalam penghasilan karya-karya kesusasteraan Melayu sejak zaman tradisional hingga kini. Esei-esei yang termuat dalam buku ini menjelaskan bahawa bahasa Melayu memiliki kekuatannya yang tersendiri sebagai bahasa pengungkap peradaban dan penyalur ilmu sepanjang zaman.
Instructor Biography
Harun Jaafar dilahirkan di Kedah pada 4 Februari 1950. Mendapat pendidikan guru di Maktab Perguruan Harian, Johor Bahru. Berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 1998. Beliau banyak menulis dan menyunting buku rujukan dan ilmiah seperti Kamus KBSR, Raja Sore dan Hikayat Amir Arab. Aktif menulis rencana dan karya-karya kreatif dalam akhbar dan majalah.
Abdul Halim Ali berasal dari Terengganu. Berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktif menghasilkan puisi dan rencana sastera. Banyak karya-karya beliau termuat dalam pelbagai media massa seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Utusan Melayu, Dewan Budaya, Tunas Cipta, URTV dan Tamadun Islam.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.