image
RM 35.00

Berlandaskan kisah benar, Oh Bulan! ialah terjemahan bahasa Melayu bagi buku berjudul If You Want To Lose Weight, Go To The Moon! yang menceritakan tentang permulaan awal penulis sebagai pensyarah fizik di sebuah universiti awam. Menghadapi cabaran mengajar pelajar yang mempunyai fobia terhadap mata pelajaran Fizik, penulis cuba mencari kaedah pengajaran yang berkesan dengan mengimbau kembali pengalaman-pengalaman lampau bersama-sama dengan pelbagai individu, serta menghimpunkan fakta-fakta dan pengetahuan am yang relevan dengan sains dan matematik. Tanpa latar belakang formal dalam bidang pengajaran, beliau memilih pendekatan bercerita yang tidak konvensional dengan menggunakan jenaka dan contoh-contoh praktikal yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian. Beliau sering mendramatisasikan sejarah dan pemahaman teori bagi konsep-konsep fizik agar lebih menarik serta lebih mudah difahami.


Instructor Biography

Ahmad Lutfi Anis merupakan penulis buku If You Want To Lose Weight, Go To The Moon! yang telah memenangi Anugerah Buku Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Anugerah Buku Negara yang berprestij pada tahun 2023. Seorang pendidik secara profesional, beliau telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar bagi kursus Fizik dan Sains Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sejak tahun 2008. Ahmad Lutfi Anis merupakan peminat tegar sukan dan penggemar dunia perfileman.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.