product-view

ANTOLOGI PUISI KALAM INSAN: MEMANUSIAKAN MANUSIA

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 522 )

$ 7.36

Description

Antologi Puisi Kalam Insan adalah sebuah himpunan karya puisi yang dihasilkan oleh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang mengangkat tema ‘Memanusiakan Manusia’. Terna ini cuba menelusuri rasa manusia yang semakin hilang dek kepantasan zaman serba moden dan digital yang menenggelamkan sifat-sifat kemanusiaan. Namun, sastera bisa mengembalikan rasa melalui panahan kata-kata sebagai persoalan dan peringatan akan tanggungjawab manusia terhadap manusia, alam dan Tuhan.

Sebuah karya puisi khas daripada Dato’ Baha Zain turut diterbitkan di dalam buku ini. Selain itu, beberapa lagi karya daripada pemuisi tamu turut dimuatkan seperti Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik; Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim; Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal Haji Harun; Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Y.Bhg. Dato’ Professor Dr. A Razak Hj. Mohaideen; dan Penyair Tersohor, Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar.


Instructor Biography

Fishah Azmi, Ainaa Atiqah, Zara Suryani, Anira Haris, Bedz, Norlela, Baim, Sazni, Muhsin merupakan pensyarah-pensyarah Fakulti Filem dan Animasi UiTM.

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.