image

Buku ini disusun mengikut bab. Bab satu membincangkan konsep, matlamat pengimarahan dalam konteks pengurusan dan pentadbiran. Kenapa pentingnya pengimarahan masjid dihubungkaitkan dengan pusat pentadbiran masjid yang bersifatkan menyeluruh. Bab dua membincangkan konsep urus tadbir masjid yang mencakupi definisi pengurusan, perlunya pengurusan dan pentadbiran yang sistematik, pengurusan masjid di zaman Rasulullah, zaman para sahabat, matlamat pengimarahan pendidikan masjid, keperluan kepada aktiviti pengimarahan masjid dan media pengurusan masjid. Bab tiga membincangkan secara umum cabaran semasa pengurusan dan pentadbiran masjid yang sering dihadapi oleh para pentadbir masjid. Bab empat membincangkan realiti urus tadbir masjid masa kini dan dibuat beberapa saranan untuk penambahbaikan urus tadbir masjid secara cemerlang.


Instructor Biography

Abdul Munir Ismail berkelulusan PhD daripada Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Berpengalaman selama lima belas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di beberapa agensi agama seperti di BAHEIS Cawangan Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Selangor, Kementerian Kewangan di Putrajaya. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.