product-view

PhD PENGALAMAN MENGGAPAI DESTINI KEHIDUPAN

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 79 )

RM 35.10

Description

PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH (PhD) memerlukan semangat yang kental dan jitu. PhD adalah satu latihan yang ketat, memerlukan sekurang-kurangnya tiga atau lebih tahun penyelidikan bebas mengenai topik tertentu di bawah pengawasan ahli pakar akademik. Pelajarnya juga perlu membentang kertas kerja, menghadiri seminar dan menyertai pertandingan inovasi di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk mengemas kini tesis dan pandangan mengenai topik penyelidikan. Selain menghasilkan makalah untuk jurnal tersohor peringkat antarabangsa. PhD adalah suatu penghormatan yang dimiliki oleh kumpulan terpilih. PhD juga memenuhi keperluan profesional berpengetahuan, inovatif dan berkemahiran untuk menyokong aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

 

"Mengasyikkan", "menggembirakan", "mencabar", "tertekan", "pengalaman kesepian" - adalah antara beberapa pengalaman calon PhD. Namun, lulusannya mengharungi segala cabaran sehingga berjaya menggenggam ijazah akademik tertinggi dalam pendidikan. PhD memerlukan tumpuan dan dedikasi, masa dan wang - memberi nilai tambah kepada kehidupan profesional dan peribadi seseorang. Sebenarnya liku-liku kehidupan semasa menyiapkan PhD mempunyai seribu satu cerita - pahit, manis, kecewa, ketabahan dan kecekalan mempunyai makna tersendiri. Bagi yang komited dan berdisiplin serta fokus sahaja yang berjaya melepasi pengajian dan bergelar Doktor Falsafah.

 

Buku ini merupakan koleksi pengalaman pemegang ijazah kedoktoran atau PhD dijadikan sebuah buku berkonsepkan motivasi. Kandungan buku ini memaparkan perkongsian pengalaman lulusan PhD memilih institusi dan penyelia dan bidang pengajian. Selain itu, buku ini membincangkan pengalaman bagaimana mengatur masa, mengurus penyelia, dan penulisan saintifik serta persediaan ketika VIVA. Berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum dan semasa pengajian terutamanya yang belajar di luar negara, penulis juga menurunkan tip atau beberapa panduan yang berguna kepada bakal pelajar dan untuk mereka yang berkepentingan. Diharap buku ini dapat meningkatkan motivasi secara penceritaan dan santai, namun diselang-seli dengan nasihat dan panduan berguna kepada mereka yang berniat dan sedang membuat pengajian PhD.


Instructor Biography

Datuk Dr. Ismail Sualman merupakan seorang Profesor di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Bidang kepakaran beliau adalah komunikasi politik, komunikasi organisasi dan pengajian media dan komunikasi. Beliau juga merupakan kolumnis di Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan New Straits Time dan telah menghasilkan 980 artikel mengenai isu politik dan ekonomi negara. Beliau adalah penerima Penulis Paling Prolifik dalam Anugerah Akademik 2018. Beliau telah dilantik sebagai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah selain Pemikir di Malaysia Productivity Coorperation (MPC) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau juga merupakan penganalisis politik negara dan sering dijemput sebagai tetamu bual bicara di TV3, RTM, Astro Awani, TV al-Hijrah, Bernama, CNN (2013) dan BBC London (2015). Berkelulusan PhD dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dan perundingan, khususnya penyelidikan berkaitan pilihan raya di Malaysia sejak tahun 1990. Beliau telah menghasilkan 25 kajian sains sosial berimpak tinggi selain menjadi perunding kepada beberapa kementerian, industri dan NGO. Beliau telah menghasilkan 12 buah buku akademik, antaranya: Media and the 13 General Election, Media dan Pilihan Raya di Malaysia, Issue in Media and Communication, Isu-isu Media dan Komunikasi di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan 95 penulisan dalam jurnal akademik dan membentang kertas kerja seminar di dalam dan luar negara.

Copyright © 2021 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.