Teknik Penjanaan Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Buku ini menyumbang kepada pengamalan teknik penjanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan mahasiswa pelbagai peringkat, ahli akademik serta para pengkaji dan masyarakat dalam usaha mereka memahami dan mengaplikasikan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Instructor Biography
ANIDA SARUDIN, B.A (Hons.) & M.A. (UKM) & Ph.D. (UKM) merupakan Profesor Madya di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan ialah Semantik dan Pragmatik, Analisis Wacana dan Linguistik Korpus. Kini, terus aktif menyumbang ilmu dalam penulisan jurnal dan buku ilmiah.
ZULKIFLI OSMAN, B.Ed.(Hons.)(USM); M.Ed.(UPS1); Ph.D.(UM) merupakan Profesor Madya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan dalam pengembangan kurikulum dan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu. Dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Kini terus bergiat aktif menerbitkan buku, bab dan artikel mengenai pedagogi dalam Bahasa Melayu.
HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN, B.A.(Hons.) & M.A.(UPM); Ph.D.(UPSI) merupakan pensyarah kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia sejak tahun 2000. Pengkhususan kepakaran adalah dalam bidang Linguistik Melayu. Tumpuan penyelidikannya merangkumi Sosiolinguistik, Sosiopragmatik dan Sosiofonetik. Sebilangan besar karyanya adalah dalam bidang kesantunan linguistik. Kini, terus aktif berkongsi ilmu di sidang persidangan, seminar dan bengkel di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau turut aktif menulis jurnal dan buku-buku ilmiah.
SHARWINTHIRAN A/L THAVARAJAH, B.Ed.(Hons.)(UPSI) merupakan pelajar Sarjana (Pendidikan Bahasa Melayu) di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Kajian beliau dalam bidang semantik berkaitan dengan Analisis Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Penulisan Karangan Murid Berdasarkan Teori Metafora Konsepsi.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.