image

Kesempitan hidup dan pengalaman pelbagai peristiwa perjuangan mendaulatkan bahasa dan yang lebih bererti bagi saya ialah proses pendidikan yang saya alami sehingga dapat menghayati pengajian Bahasa Melayu di tanah air kita; kemudian dengan rahmat-Nya, saya diberi sedikit kebolehan dalam bidang perguran dan penulisan. Pengalaman yang sedikit dalam pembelajaran dan pengajaran, terutama yang berkaitan dengan Bahasa Melayu itu, dianggap agak sedikit luar biasa. Keluarga saya, rakan-rakan sejawat dan orang-orang lain tidak pernah menduga, seorang anak desa yang hanya berkelulusan sekolah atas, sekolah Melayu kampung dan kemudiannya mendapat pendidikan di S.I.T.C; seterusnya Maktab Perguruan Bahasa sahaja, telah diberi kesempatan menjadi pengajar Bahasa Melayu kepada orang asing di seberang laut dan kemudiannya menjadi pengajar Bahasa Melayu kepada ahli akademik yang terkemuka di universiti yang terkenal. Walaupun saya tidak mendapat pendidikan di universiti, tetapi saya dapat menjejakkan kaki dan menjadi kakitangan akademik di sebuah universiti tertua, iaitu Universiti Malaya. Saya diberi peluang untuk melalui “Jalan Lain ke Menara Gading” itu melalui pengalaman dan perkhidmatan saya dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. 


Instructor Biography

Hassan Ali mendapat pendidikan di S.I.T.C dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa. Pakar dalam bidang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.