image

Nama Mamat Khalid begitu sinonim dengan dunia hiburan seni di Malaysia. Penghasilan filem-filemnya amat disukai oleh rakyat Malaysia, sebut saja “Hantu Kak Limah” maka terlintas dalam minda kita nama Mamat Khalid. Sememangnya Mamat Khalid sudah berjaya mencipta brandingnya yang tersendiri yang tidak mampu dilakukan oleh pengarah filem lain. Buku ini akan mengupas secara terperinci asal usul pengarah filem terkenal ini dan mengenali beliau melalui filem-filemnya. Walaupun karya-karya filemnya lebih tertumpu kepada unsur jenaka namun tahukah anda bahawa Mamat Khalid juga ada menyelitkan sedikit tentang hidupnya dan mesej-mesej tersirat dalam filemnya? Buku ini membimbing pembaca dalam memahami maksud tersurat dan tersirat dalam karya filemnya dan juga mengenali dengan lebih dekat kepada pemikirannya dan terhadap dirinya sendiri. Semoga buku ini dapat dijadikan buah tangan kepada peminat-peminat Mamat Khalid dan memberi aspirasi kepada sesiapa yang ingin berkecimpung dalam dunia perfileman Malaysia.


Instructor Biography

Hassan Abd. Muthalib ialah seorang pereka, sejarah filem, pengkritik filem dan pembuat filem selama 50 tahun. Beliau pernah mengarahkan siri Sang Kancil dan Silat Legenda iattu sebuah animasi yang popular dan animasi filem pertama Malaysia. Beliau diiktiraf sebagai Bapa Animasi Malaysia dan Perintis Animasi oleh Universiti Teknologi Nanyang Singapura. Hasil karya beliau muncul dalam banyak buku dan jurnal akademik di luar negara. Buku beliau, Malaysian Cinema in a Bottle yang diterbitkan pada tahun 2013, adalah mengenai sejarah dan analisis pawagam Malaysia dari penyaringan filem pertama dari 1987 sehingga 201 3.

 

Azlan Mohd Dahari ialah seorang Pegawai Penerbitan Kanan di Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau aktif menerbitkan buku di peringkat antarabangsa dan Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalambidang penerbitan di Penerbit Universiti Malaysia Terengganu  selama 4 tahun (2008-2012) dan kemudian di Penerbit UPS! sebagai Pegawai Penerbitan (201 3-kini). Berpengalaman sebagai editor, penulis, penterjemah dan penulis siluman.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.