image

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan bermula Mac 2020 menyebabkan sistem pembelajaran dan pengajaran diadakan menggunakan aplikasi atas talian. Buku ini merupakan cetusan idea berdasarkan pengalaman penulis mengaplikasikan pembelajaran dan pengajaran atas talian. Buku ini mengandungi enam bab utama di mana penulis menghuraikan aspek pembelajaran konvensional dan masalah pembelajaran atas talian. Produk ODL-POKET dan manual penggunaan, diterangkan secara terperinci langkah demi langkah dan lenggok bahasa yang mudah difahami. Meskipun terdapat pelbagai pilihan pembelajaran dan pengajaran atas talian yang boleh diaplikasikan, namun kaedah ini disyorkan untuk digunakan oleh semua individu atau institusi yang memerlukan kaedah perkongsian maklumat secara sistematik dengan mudah dan pantas. Kaedah ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa yang ingin memantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Kelebihan kaedah ini dijelaskan dengan terperinci dalam bab manual penggunaan untuk para pembaca memahami dengan lebih jelas. Diharapkan perkongsian daripada kandungan buku ini memberi manfaat kepada semua pembaca.


Instructor Biography

Nor Monica Ahmad merupakan staf akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Beliau mula berkhidmat dari tahun 2010 sebagai pensyarah dan mula bertugas sebagai pensyarah kanan pada tahun 2017 dalam bidang kimia, Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Puteri Pandan 1 dan meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur. Beliau meneruskan pengajian di Matrikulasi Tangkak, Johor sebelum meneruskan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada tahun 2004 sehingga 2007 Beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Sains pada tahun 2009 di universiti yang sama dan PhD pada tahun 2018 di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kimia Analitikal.

 

Siti Noor Dina Ahmad merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kelaboran, Tumpat, Kelantan dan meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Diploma Statistik (2004) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Matematik (2007) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Beliau memperoleh Sarjana dengan Kepujian Statistik pada tahun 2009. Beliau berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pengajaran Matematik dan Statistik.

 

Nor'Aishah Hasan merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Biologi, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Beliau memperoleh gelaran kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul dari Universiti Putra Malaysia (2017) dan ijazah sarjana dalam bidang Bioteknologi dari Universiti Malaya (2009), Beliau kemudian memperoleh Master kedua dalam bidang Sains Makanan dari Universidad Autonoma de Barcelona, Spain (2011) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bioteknologi dari Universiti Sains Malaysia (2005), Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam mengajar Mikrobiologi, Biologi Molekul dan Biologi Makanan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.