image

Buku ini terbahagi kepada lima bahagian utama. Bahagian A iaitu konsep asas yang dapat membantu pembaca untuk mengenali permainan digital, pengenalan gamifikasi, mengenali e-sukan, kelebihan gamifikasi, kelebihan PBP dan e-sukan dalam pendidikan. Bahagian B menerangkan kriteria e-sukan iaitu dapat membantu pembaca membuat perbandingan antara kriteria e-sukan yang begitu popular pada masa kini dengan kriteria e-sukan pendidikan. Seterusnya Bahagian C akan mengupas reka bentuk gamifikasi dan dapat memberikan pengetahuan berguna kepada pembaca berkenaan beberapa reka bentuk gamifikasi yang boleh diamalkan. Bahagian D pula ialah amalam PBP e-sukan pendidikan dapat memberi panduan kepada pembaca untuk mengamalkan PBP e-sukan pendidikan di sekolah yang turut disertakan contoh perlaksanaan. Akhir sekali Bahagian E ialah pasukan PBP e-sukan pendidikan yang khusus membincangkan kumpulan pakar yang perlu ada dalam satu pasukan supaya dapat mereka bentuk PBP e-sukan pendidikan yang berkualiti.


Instructor Biography

Khairuddin Nisa mula bertugas sebagai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk pada tahun 2016 hingga 2018 dan berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.  Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999. Memiliki Ijazah Sarjana Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2012 dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Multimedia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2018. Menerima Anugerah Guru Inovasi Geografi dan mendapat Best Award di Peringkat Antarabangsa dalam Sintok International Games and Gamifications pada tahun 2018 dan 2019. Pernah menerima Anugerah Johan Guru Inovasi Keseluruhan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012. Aktif dalam membangunkan pembelajaran berasaskan permainan e-sukan pendidikan (PBP e-sukan pendidikan) melalui laman sesawang www.geoplay.my yang menggunakan pendekatan pendidikan 4.0.

Che Zalina Zulkifli adalah Profesor Madya di Jabatan Komputeran, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Beliau mempunyai lebih dari 21 tahun pengalaman sebagai pensyarah. Kejayaan penyelidikan beliau menghasilkan inovasi automasi industri pengeluaran yang menyumbang kepada IR4.0 iaitu berfokuskan Embedded System dan IoT mendapat pengiktirafan dari rakan strategik iaitu syarikat industri bertaraf multinasional untuk diguna pakai hingga kini. Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan automasi telah diaplikasikan dalam sektor pertanian melalui penemuan inovatif untuk meningkatkan pengeluaran tanaman melalui penggunaan teknologi juga mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila dijemput sebagai Profesor Pelawat di Tasmania Agriculture Institute Australia (TIA). Inovasi dalam pendidikan digital yang pragmatik telah menarik kerjasama aktif dan mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam penghasilan Digital Edutaiment Green Games. Seterusnya minat dan komitmen yang tinggi beliau dalam global warming mendapat penghargaan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan melantik beliau sebagai Ketua Perunding bagi menjayakan pembangunan Pusat Pendidikan Hijau iaitu projek berimpak tinggi jangka panjang melalui MOU bersama Universiti dan industri penaja. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dan anugerah kebangsaan termasuk menyumbang dalam penerbitan jurnal berimpak tinggi. Komitmen, ilmu pengetahuan dan keyakinan beliau yang tinggi dalam bidang penyelidikan dan pengajaran akan diteruskan dalam meningkatkan Inovasi Kreatif dalam Kejuruteraan, Sains & Teknologi.

 

Normah Dali bertugas sebagai Guru Kanan Bidang Kemanusiaan di SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Perak. Menyandang jawatan Guru Cemerlang Geografi pada tahun 2008 hingga 2016 dan berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999 dan memiliki Ijazah Sarjana Reka bentuk Instruksional dan Teknologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2012. Penerima Anugerah Guru Inovasi Geografi Pingat Emas Peringkat Antarabangsa dalam Sintok International Games and Gamifications pada tahun 2018 dan Anugerah Guru Adiwira Peringkat Daerah pada tahun 2019. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.