image

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU ke-14) merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed), yang cukup bermakna dan memberi kesan yang tersendiri kepada arena politik negara. Rentetan kemerosotan pengaruh BN pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU l2) pada tahun 2008, tidak menguasai lebih 2 / 3 kerusi Parlimen, Kemerosotan sokongan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan BN tewas pada PRU ke-14. Buat pertama kalinya bagi tempoh 61 tahun Barisan Nasional akhirnya akur di tangan Pakatan Harapan (PH) dan membuka lembaran dan senario serta lanskap politik baharu. Dengan kata lain, PRU ke-14 memberi kejutan besar apabila negeri yang dianggap simpanan tetap BN seperti Johor juga tumpas. Persoalannya, setakat mana persekitaran politik sedia ada berupaya membawa perubahan radikal yang mengejutkan banyak pihak termasuklah pengundi, calon dan parti politik yang bertanding? Mengapa pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada PH berbanding BN? Sejauh manakah media alternatif berguna dan memainkan peranan membekalkan maklumat terkini mengenai politik Malaysia kepada para pengundi, khasnya pengundi muda dan pengundi bandar? Kesemua persoalan ini menjadikan PRU ke-14 sebagai suatu tema yang begitu menarik dan mencabar untuk dianalisis. Buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 15 ahli akademik daripada pelbagai pusat pengajian tinggi serta penganalisis politik. Perbincangan dalam setiap bab membicarakan mengenai latar belakang politik sebelum PRU ke-14; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti yang bertanding untuk berhadapan dengan PRU ke-14; kesan media terhadap trend dan sokongan pengundi dan analisis keputusan PRU ke-14 berkenaan. Kepelbagaian sumber dan pendekatan yang digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yang seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU ke-14.


Instructor Biography

ISMAIL SUALMAN DPSM, BCN

Ismail Sualman merupakan Pengarah, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan lnformasi (CMIWS) dan merupakan Profesor di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA. Bidang kepakaran beliau adalah komunikasi politik, komunikasi organisasi dan pengajian media dan komunikasi. Beliau telah menghasilkan 18 kajian sains sosial berimpak tinggi selain menjadi perunding kepada beberapa kementerian dan industri. Beliau juga merupakan penganalisis politik dan sering dijemput sebagai tetamu bual bicara di TV3, RTM, Astro Awani, BERNAMA TV, danTV al-Hijrah, selain radio tempatan. Beliau pernah menjadi tetamu bual bicara dalam rancangan TV, "Good Morning London" oleh BBC, semasa mengikuti kursus di Salford University, Manchester, United Kingdom pada tahun 2015. Beliau telah menghasilkan sembilan buah buku akademik di antaranya : Media don Pilihan Raya di Malaysia, Issues in Media and Communication, lsu-isu Media don Komunikasi di Malaysia. Selain telah menghasilkan lebih 85 penulisan dalam jurnal akademik dan membentang kertas kerja seminar di dalam dan luar negara. Juga dianugerahkan Penyelidik Sains Sosial UiTM pada tahun 1996-1997 dan dianugerahkan tiga kali pembentang terbaik seminar antarabangsa.

SUHAIMEE SAAHAR@ SAABAR

Suhaimee Saahar @ Saabar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan lndustri, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam. Beliau memperoleh ljazah Doktor Falsafah pada 2018 setelah tiga tahun menyiapkan tesisnya dalam bidang periklanan politik. Beliau aktif menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penulisan, penerbitan, perundingan dan kerja-kerja amal kemasyarakatan. Beliau juga aktif sebagai penganalisis politik dan juga perunding kempen periklanan dan penjenamaan dan terlibat secara aktif dengan kerja-kerja rundingan dengan beberapa jenama terkenal. Selain itu, beliau aktif menerbitkan artikel dalam jurnal-jurnal berindeks dan menulis di surat khabar mengenai isu -isu semasa. Kini, beliau aktif sebagai perunding kandungan kreatif kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam kerja-kerja yang melibatkan idea dan kreativiti bagi meningkatkan budaya kerja dan produktiviti negara. Kini, beliau bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelidikan, rundingan dan jaringan bersama industri bagi memastikan segala usaha dan perancangan pihak fakulti dan universiti dapat dicapai.

NOOR NIRWANDY MAT NOORDIN

Noor Nirwandy Mat Noordin adalah pakar dalam bidang keselamatan negara. Beliau memperoleh ljazah Doktor Falsafah dalam bidang informasi media dan perang saraf. Beliau sekarang adalah pensyarah kanan dan juga koordinator pasca siswazah di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan lnformasi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau sering terlibat sebagai pakar rujuk dalam isu yang membabitkan keselamatan negara, keselamatan manusia, diplomasi awam, radikalisasi, perisikan, data raya dan analisis media sosial. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel serta bab dalam buku berhubung kepakaran beliau. Beliau juga sering memberikan input berhubung isu politik terutamanya mengenai penggunaan gerak saraf dan perang saraf dalam senario politik Malaysia .

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.