product-view

PANDUAN ASAS PEMIKIRAN REKA BENTUK PRODUK

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 864 )     ( 1 )

$ 7.59

Description

Pemikiran reka bentuk produk penting bagi seseorang pereka bentuk dalam bidang reka cipta, inovasi dan reka bentuk. Formulasi sesebuah idea rekaan berdasarkan pemikiran reka bentuk boleh dihasilkan melalui strategi, metodologi dan proses melibatkan reka bentuk yang bersesuaian mengikuti kes penghasilan produk. Buku ini menekankan beberapa aspek teori dan praktikal dalam penghasilan sesuatu produk. Ia mencakupi pengenalan, model pemikiran reka bentuk dan model reka bentuk, proses perkembangan produk, kaedah reka bentuk, strategi pemikiran reka bentuk dan cabaran pemikiran reka bentuk produk pada masa hadapan. Selain itu, buku ini menggunakan kedua-dua instrumen analisis dan teknik generatif. Kaedah yang digunakan dalam buku ini merangkumi aspek perniagaan, model prototaip, visualisasi data, strategi inovasi, reka bentuk organisasi, penyelidikan (kualitatif dan kuantitatif) dan kesedaran harta intelek.

Diharap buku ini boleh dijadikan panduan kepada pereka bentuk dari segi berfikir secara berstruktur dan tidak berstruktur. Ia juga sesuai untuk pelajar, penyelidik dan ahli akademik dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk produk bagi manfaat pengguna dan industri.


Instructor Biography

Prof. Madya Dr. Shahriman Zainal Abidin adalah pensyarah dalam bidang Seni Reka Perindustrian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia. Beliau telah memperolehi PhD dalam Kejuruteraan Reka Bentuk Perindustrian dari Norwegian University of Science and Technology (NTNU). Aktif dalam penyelidikan dan telah berjaya menerima geran antarabangsa Erasmus+ (KA2-CBHE) dan geran nasional untuk penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Exploratory Research Grant Scheme (ERGS), Prototype Research Grant Scheme (PRGS) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 40 kertas kerja di Malaysia, Norway, Sweden, Finland, Belanda, Estonia, Taiwan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Denmark, Croatia, Itali dan Sepanyol dalam bidang ini. Selain itu, beliau adalah ahli bersekutu bagi Chartered Society of Designers di United Kingdom dan Duta bagi Design Thinking innovation di Malaysia.

Average Rating

5

Review

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.