image

Setiap muslim wajib mengikuti perintah Nabi SAW. Perintah ini perlu difahami dengan betul sebelum ia dilaksanakan. Oleh itu, amat penting bagi setiap muslim untuk berpegang dengan kaedah yang betul bagi memahami sesebuah hadis. Kaedah memahami hadis yang dimuatkan dalam buku ini dirumuskan daripada apa yang digariskan oleh ulama sepanjang zaman. Ia disusun dengan contoh yang praktikal dari hadis dan komentar ulama. Kaedah ini mesti diamalkan bagi seseorang yang ingin berinteraksi dengan hadis bagi mengelakkan salah faham dan penyelewengan terhadap ucapan Nabi SAW. Buku ini juga menjelaskan sebab berlakunya perbezaan pandangan dalam kalangan ulama terhadap sesebuah hadis. Diharapkan buku ini menjadi panduan kepada penuntut ilmu ketika berinteraksi dengan hadis. Apabila hadis sahih, pastikan pemahaman juga sahih.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle lahir pada 22 Jun 1983. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu’tah, Jordan. Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Berkhidmat di majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008 seterusnya menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 di bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015 dan tahun 2019 telah dilantik menjadi Profesor Madya di universiti yang sama. Beliau sekarang ditugaskan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.