image

Buku ini membekalkan ilmu pengetahuan, kemahiran, strategi dan teknik praktikal tentang pentaksiran formatif kepada para pendidik, ibu bapa dan para pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Semua orang boleh mentaksir tetapi untuk mentaksir supaya menjadi penghubung antara pengajaran dan pembelajaran bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan serta motivasi yang mampan dalam memahaminya. Buku ini mempunyai tiga seksyen utama: pertama, ia menceritakan pentaksiran secara am, kedua memperjelaskan dengan terperinci berkaitan pentaksiran formatif dan yang terakhir memerihalkan pembangunan sekolah serta kaitannya dengan pentaksiran.


Instructor Biography

Nor Hasnida Che Md Ghazali menerima ijazah dan sarjana pendidikan matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerima PhD dalam pengukuran dan penilaian dalam pendidikan dari University of Southampton, United Kingdom. Bidang kajian beliau berkait pentaksiran berasaskan sekolah dalam konteks sistem pendidikan Malaysia. Kini, beliau merupakan pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pelatih untuk pensyarah baharu bagi segmen pengukuran dan penilaian. Beliau juga telah mengadakan beberapa bengkel berkait pengukuran dan penilaian di UNISEL, KAQSA, KUIS, KKSB dan juga program bersama guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar pasca. Beliau banyak menulis artikel jurnal berkaitan pengukuran dan penilaian. Terkini, beliau telah dilantik sebagai pensyarah pelawat di Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.