image

Buku ini diterbitkan khusus untuk membantu guru-guru dan bakal-bakal guru sains sekolah rendah dalam menyediakan suasana pembelajaran yang mampu mencungkil kreativiti saintifik pelajar melalui integrasi pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM. Buku ini istimewa kerana gaya bahasa dan isi kandungannya mudah difahami dijangka mampu membawa satu dimensi baharu tentang tatacara Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) yang berkesan. Instrumen pentaksiran juga disediakan dalam memandu guru-guru mengukur pencapaian murid melalui ujian kreativiti saintifik lakaran berdasarkan aktiviti dalam Modul Pro-STEM. Justeru, idea-idea yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lakaran atau model prototaip merupakan yang asli, kreatif dan inovatif.


Instructor Biography

Norjanah Ambo (Dr) berasal dari Tawau, Sabah telah memperoleh Diploma Perguruan Malaysia (DPM) di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu pada tahun 2000, Ijazah Sarjana Muda IT (Kepujian) pada tahun 2008 dan Master Pendidikan pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Sains) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2019. Penulis mendapat pendedahan yang luas dalam pendidikan sains sejak tahun 2000 hingga kini dan sering memberi ceramah serta membentang kertas kerja di beberapa seminar pendidikan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pernah menghasilkan beberapa kertas kerja berkaitan pengajaran dan pembelajaran sains dan diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seperti Jurnal Pemikir Pendidikan Kebangsaan, Journal of Baltic Science Education, International Journal of Current Research dan Scopus.
 

Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (Prof Madya Dr) berasal dari Lahad Datu, Sabah, ialah pensyarah Kanan dalam bidang Sains dan Matematik di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sepanjang kerjayanya, penulis telah mendapat pendedahan yang luas dalam bidang pendidikan Sains dan Sains dan Matematik melalui Kursus Pembangunan Profesional Guru, memberi ceramah dan membentang kertas kerja di seminar pendidikan peringkat negeri, antarabangsa. Beliau telah menghasilkan 25 kertas kerja yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa seperti Scopus, Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, SpringPlus, Journal of Baltic Science Education, Creative Education, Journal of Education and Learning dan Problems of Education in the 21st Century. Beliau juga pernah menerbitkan bab buku dengan IGI Global.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.