image

Buku ini membahaskan Teori Etika dan Moral yang bertunjangkan pemahaman dan analisis akal. Tujuannya bagi merasionalkan teori dari pelbagai sudut yang boleh diaplikasikan. Penulis menjelaskan bahawa Teori Etika dan Moral sebagai kaedah pengajaran agar difahami dengan jelas sebelum memahami etika dengan lebih kompleks. Tumpuannya bukan sahaja dari sudut memperkenalkan teori tetapi lebih mendasari pemahaman falsafah etika dalam teori, tokoh-tokoh yang mendukung teori, dilema, kekuatan dan kelemahan teori. Kesemuanya dijelaskan berdasarkan contoh yang boleh difahami dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan.


Instructor Biography

Muhammad Atiullah Othman merupakan Profesor Madya di Jabatan Pengajian Moral, Siviks dan Pembangunan Karekter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang tujahan beliau adalah falsafah, etika dan pemikiran kontemporari. Di peringkat PhD pula, beliau telah menghasilkan tesis yang membandingkan pemikiran Islam dan Barat di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan ahli kepada Asia-Pacific Network of Moral Education (APNME) 2017-2025. Antara kajian terkini beliau berkaitan dengan antirasuah dan integriti ialah "Korupsi House dalam Perlaksanaan Pendidikan Antirasuah di Malaysia". Karya terkini beliau adalah Bicara Antirasuah dalam Perspektif Syariah: Rasuah Politik dengan mendapat sokongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Integriti Malaysia, dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM Bukit Aman.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.