image

Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan Moral ditulis untuk menampung kekurangan buku berkaitan metodologi dalam penyelidikan Kajian Tindakan. Buku ini memberi tumpuan khusus dalam aspek pelaksanaan Kajian Tindakan secara praktikal dalam bidang Pendidikan Moral. Penulisan buku ini juga memuatkan metodologi pendekatan kuantitatif, kualitatif, pendekatan campuran dan reka bentuk penyelidikan secara ringkas untuk memberikan pemahaman awal tentang penyelidikan kepada para penyelidik novis.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Nadarajan Thambu merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Moral dari Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat di SMK Beauford II Sabah, SMK Telok Panglima Garang (Selangor) dan SMK Rantau Panjang, di Selangor. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Panitia, Jurulatih Utama dan Ketua mata pelajaran Pendidikan Moral, daerah Kuala Langat dan negeri Selangor, serta berkhidmat sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Moral sebelum menyambung perkhidmatan di UPSI. Beliau terlibat sebagai pakar rujuk penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral (KSSM), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagai Pengerusi Panel Penilaian Buku Teks Pendidikan Moral, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.