image

Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka “yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung”.

Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.


Instructor Biography

Azhar Hj. Wahid berasal dari Kuala Krau, Pahang merupakan pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada tahun 2001. Sebelum menjadi pensyarah beliau pernah bertugas sebagai guru dan guru penolong kanan di beberapa buah sekolah di Negeri Pahang, pensyarah lnstitut Perguruan Sultan Idris dan pensyarah Maktab Perguruan Besut. Beliau mempunyai pengalaman sebagai jurulatih utama sekolah bestari yang mengendalikan kursus sekolah bestari untuk pensyarah maktab perguruan dan guru-guru sekolah. Beliau begitu aktif dalam pembentangan kertas kerja di pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutamanya dalam sosiologi sastera. Antara buku ilmiah karya beliau lngin Jadi Pujangga: Satu Analisis Sisiologi Sastera (2004) dan Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden (2005).

 

Zawawi bin Jahya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1995 di SM Bantuan St. Columba, Miri, Sarawak, SMK Pasir Besar, Gemas (1997), SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar (2005) dan pernah menjadi pensyarah di lnstitut Aminuddin Baki, Genting Highlands (2000) dan lnstitut Aminuddin Baki, Jitra (2002). Beliau begitu aktif dalam pembentangan kertas kerja peringkat kebangsaan serta memberi ceramah tentang profesionalisme pembangunan pendidikan Negara. Penulisan beliau banyak diterbitkan dalam Majalah Pendidik, Dewan Budaya,  MASSA, Dewan Bahasa.  Jurnal   Suara   Pendidik dan Berita Harian.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.