image

Buku Antaramuka Perkakasan-Perisian: Arduino Asas Sehingga Lanjutan merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, pengalaman mengajar serta kajian literatur menjadi suatu panduan sistematik bagi pelajar dalam membina kemahiran asas dan pertengahan terhadap pengantaramukaan perkakasan-perisian. Dalam era revolusi industri semasa, aspek pengautomasian produksi mendominasi kebanyakan industri pengeluaran. Sehubungan itu, bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian telah menjadi suatu komponen ilmu yang sangat penting untuk diterokai. Kemahiran ini adalah keperluan mendesak negara bagi menempuh cabaran menjadi negara pengeluar di masa hadapan. Sebagai persediaann, bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian telah mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi. Kurangnya bahan-bahan rujukan yang membincangkan topik ini secara sistematik dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar novis merupakan suatu kekangan. Hadirnya buku ini dengan penulisan dalam bahasa Melayu akan dapat membantu mengatasi kekurangan ini. Dengan itu, buku ini harus harus dimiliki oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran terhadap bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai buku rujukan kursus Reka Bentuk Teknologi (RBT) di sekolah serta untuk kursus pengenalan microcontroller di politeknik dan kolej vokasional.


Instructor Biography

Profesor Dr Ahmad Zamzuri Mohamad Ali merupakan Profesor bidang multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman mengajar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Multimedia selama hampir 20 tahun. Minat penyelidikan dan penerbitan beliau adalah dalam bidang Multimedia Instruksi. Teknologi Instruksi dan Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan lebih dari 100 karya dalam bentuk buku, bab dalam buku, jurnal serta prosiding. Buku penulisan beliau juga pernah mendapat Anugerah Buku Negara serta Sijil Penghargaan, Buku Ilmiah Terbaik, Anugerah MAPIM-KPM.

 

Profesor Madya Dr Ts Abu Bakar Ibrahim merupakan Profesor Madya dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau telah mendapat PhD dalam bidang kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada tahun 2013. Beliau juga telah mendapat Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Eletrik dan Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Malaysia pada tahun 1998 dan 2000. Berpengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat hampir 20 tahun. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan lebih dari 50 karya dalam bentuk jurnal.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.