image

Buku Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengandungi 10 bab.

Bab Satu memperkenalkan bidang pemikiran dan teori pemikiran. Bab Dua memperlihatkan pemikiran global pengarang secara keseluruhannya. Bab Tiga dimulakan dengan pemikiran kedesaan dengan novel-novel kampungnya. Bab Empat adalah perbincangan tentang pemikiran sosio-ekonomi dalam karya. Analisis karya tentang keagamaan dilakukan dalam Bab Lima.

Bab Enam adalah kajian tentang aspek-aspek politik dalam karya fiksyennya. Manakala analisis tentang kepancarobaan pemikiran terdapat pada Bab Tujuh. Bab Lapan disambungkan dengan pemikiran introspeksi diri. Bab Sembilan adalah tentang tema sufisme sebagai pemikiran mutakhir. Bab terakhir, Sepuluh, adalah kesimpulan perjalanan kreatif dari desa ke antarabangsa.


Instructor Biography

Mohd Yusof Hasan berasal dari Kedah. Berkelulusan Cert. Ed (DTC), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Pendidikan (Universiti Malaya), Master (Universiti Sains Malaysia) dan Ph.D (Australian National University). Beliau menceburkan diri dalam bidang pendidikan selama lebih 40 tahun sebagai guru, tutor, pensyarah, profesor madya dan profesor di Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktif dalam bidang perundingan dan penilaian Kesusasteraan dan Pemikiran di universiti dalam serta luar negara.

Beliau juga giat menulis buku-buku seperti  Novel of the Troubled Years (1990), Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (1990),  Dunia Melayu (1990),  Pengabdian (1990), Tiga Dunia:  Cerpen Psikologi Kanak-kanak (1990), Pengenalan Fiksyen Dunia (1990), Takah Demi Takah (1990), Penghayatan Fiksyen Melayu (1990), Pemikiran Saintifik SP4L (1994), Novel Negara Brunei Darussalam 1940-1992: Suatu Analisis Kritis Instrinsik-Ekstrinsik (1998), Pemikiran Saintifik SPB4L (2000), Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu (2005), Teori Pendidikan Pemikiran Global (2006), Islam Hadhari Menangani Gelombang Globalisasi (2007), Pemikiran Mahathir Mohamed: Kesinambungan Gelombang Keintelektual Melayu Global Dari Abdullah Munsyi dan Za’aba (2008), Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (2008), Koleksi Karya Shahnon Ahmad dan Pemikiran Sasterawan Negara Malaysia (2008).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.