Jom Coding:Berfikir Seperti Komputer (Salinan Pengajar)
Modul ini menekan kepada kemahiran pemikiran logik dan kreativiti yang merupakan salah satu tunjang utama dalam asas pengaturcaraan. Skop modul ini adalah sama seperti skop modul bertajuk "Jom Coding: Berfikir Seperti Komputer (Salinan Pelajar) iaitu konsep pemikiran komputasional dan pembangunan algoritma yang menggunakan carta alir, namun dipertingkatkan dengan skema jawapan bagi setiap latihan kendiri dan soalan disediakan untuk memudahkan tenaga pengajar atau sesiapa saja menggunakannya. Contoh-contoh dan latihan kehidupan sebenar yang diberikan mampu meningkatkan tahap keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah serta membina asas yang kuat untuk bidang pengaturcaraan.
Goals/Objectives
- Penyelesaian Masalah
- Pemikiran Komputasional
- Algoritma
- Carta Alir
Instructor Biography
Bersara sebagai Profesor Madya di UPSI. Berkelulusan dalam Matematik dan Sains Komputer di peringkat sarjana muda, IT di peringkat sarjana dan Pengkomputeran Internet di peringkat doktor falsafah. Telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 32 tahun dengan pengalaman mengajar dalam beberapa kursus seperti Pengaturcaraan, Pentaksiran, Teknologi Pendidikan dan Pengajaran IT untuk Sekolah Menengah. Telah menulis beberapa buah buku dan modul berkaitan pengaturcaraan serta memenangi Anugerah Buku Negara dalam bidang teknikal bagi buku bertajuk “Pengaturcaraan Berstruktur C++”. Selain itu, memenangi beberapa anugerah penyelidikan juga dalam bidang IT di Peringkat Antarabangsa.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.