image

Modul Jom Coding: Praktis Bersama Python diterbitkan sebagai pendukung kepada pembelajaran Coding yang bertujuan melahirkan generai yang celik dalam pengaturcaraan sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri (IR) 4.0. Modul ini adalah lanjutan daripada modul Jom Coding: Berfikir Seperti Komputer yang telah diterbitkan sebelumnya. Fokus utama dalam modul ini adalah untuk menukarkan carta alir yang telah dibangunkan dalam modul Jom Coding: Berfikir Seperti Komputer ke bentuk atur cara dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Penggunaan bahasa pengaturcaraan Python dipilih kerana bahasa ini lebih mudah difahami khususnya bagi pelajar yang tidak mempunyai kemahiran asas dalam pengaturcaraan. Diharap setelah mengikuti modul ini para pelajar dapat mengenali bahasa pengaturcaraan dengan lebih mendalam kerana ia merupakan nadi kepada teknologi IR 4.0.


Goals/Objectives

Diharap setelah mengikuti modul ini para pelajar dapat mengenali bahasa pengaturcaraan dengan lebih mendalam kerana ia merupakan nadi kepada teknologi IR 4.0.

Instructor Biography

Jamilah Hamid bersara sebagai Profesor Madya di UPSI. Berkelulusan dalam Matematik dan Sains Komputer di peringkat sarjana muda, IT di peringkat sarjana dan Pengkomputeran Internet di peringkat doktor falsafah. Telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 32 tahun dengan pengalaman mengajar dalam beberapa kursus seperti Pengaturcaraan, Pentaksiran, Teknologi Pendidikan dan Pengajaran IT untuk Sekolah Menengah. Telah menulis beberapa buah buku dan modul berkaitan pengaturcaraan serta memenangi Anugerah Buku Negara dalam bidang teknikal bagi buku bertajuk “Pengaturcaraan Berstruktur C++”. Selain itu, memenangi beberapa anugerah penyelidikan juga dalam bidang IT di Peringkat Antarabangsa.

  • Unit 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7772 5259
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.