image

Panduan Pemulihan Jantung ini berteraskan konsep berkongsi ilmu dan tip penjagaan jantung selepas serangan atau rawatan jantung kepada pesakit dan ahli keluarga. Buku ini juga boleh digunakan sebagai diari pemantauan kemajuan tahap kesihatan semasa dan selepas program pemulihan jantung. Pelbagai topik yang berkaitan kesihatan jantung dibincangkan di dalam buku ini supaya pesakit bermotivasi untuk lebih bertanggungjawab atas tahap kesihatan masing-masing.


Instructor Biography

Artini Dzolkarnaini, berpengalaman selama 18 tahun dalam profesion jururawat. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Kejururawatan (Perawatan Kritikal) dari Universiti Teknologi MARA serta memiliki sijil Post Basic Perawatan Koronari. Buku ini merupakan instrument yang dihasilkan beliau dalam menyiapkan penyelidikan yang bertajuk “Effectiveness of Modified Cardiac Rehabilitation Education Program among Cardiac Rehabilitation Patient in Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi MARA Sungai Buloh”.

Nadia Mohd Mustafah, memulakan kerjaya sebagai doctor perubatan sejak tahun 2005 setelah tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Perubatan) dan Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Putra Malaysia. Pada tahun 2009, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Perubatan Pemulihan di Universiti Malaya dan kembali berkhidmat di Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA pada tahun 2013. Sehingga kini, beliau aktif menerbitkan jurnal dan buku yang berkaitan dengan bidang kepakarannya.

Nur Nadia Abd Rahim, beliau telah menamatkan pengajian dengan ijazazh Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) di Cyberjaya University College of Medical Sciences pada tahun 2012. Beliau pernah bertugas di Hospital Sutanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Umum Sarawak sebelum memulakan perkhidmatan Bersama Jabatan Perubatan Pemulihan, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA pada tahun 2016. Sejak itu, beliau mula terlibat dalam Program Pemulihan Jantung.

Reviews

  • image

    Artini Dzolkarnaini

    Simple, comprehensive and easy to understand

    02/08/2020 15:19:40

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.