image

Projek-projek awam merupakan ‘kenderaan’ untuk membawa masyarakat ke matlamat pembangunan ekonomi seperti meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan dan buta huruf serta membaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. Buku ini menghuraikan secara agak mendalam proses merancang, menilai dan mengurus projek-projek pembangunan yang diasaskan oleh sektor awam. Banyak contoh projek-projek pertanian digunakan dalam buku ini; ini agak bersesuaian dengan fokus semula kerajaan Malaysia kepada sektor ini akhir-akhir ini. Minat orang ramai terhadap projek-projek awam lazimnya berpunca daripada tersiarnya berita mengenai kegagalan sesetengah projek awam. Buku ini boleh dimanfaati oleh siswa siswi ekonomi pembangunan, ekonomi sumber alam serta pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan awam.


Instructor Biography

Ahmad Mahdzan Ayob pernah bertugas sebagai profesor ekonomi dengan tumpuan kepada ekonomi pembangunan di UPM, UUM dan UPSI. Beliau pernah dilantik sebagai pemegang ketujuh Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio antara tahun 1993-1995 dalam Pengajian Asia Tenggara. Di UUM beliau pernah memegang jawatan Timbalan naib Canselor (Akademik) antara 1984-1987 manakala di UPM sebagai Dekan Pengajian Siswazah (1988-93).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.