Wayang Kulit Kelantan: Evolusi Reka Bentuk Gambalan Seri Rama, Rawana dan Siti Dewi
Buku Wayang Kulit Kelantan: Evolusi Reka Bentuk Gambalan Seri Rama, Rawana dan
Siti Dewi merupakan sebuah buku yang diterjemahkan daripada hasil penyelidikan dan pengalaman penulis sebagai pengamal dari generasi keempat dalang Mamat Semail. Gambalan Wayang Kulit Kelantan dihasilkan berdasarkan latar belakang setiap watak dengan menampilkan imej wajib dalam rekaan gambalan. Walau bagaimanapun, reka bentuk dan reka corak gambalan mempunyai perubahan dari masa ke masa dan buku ini menghuraikan perkembangan reka bentuk gambalan yang dapat dilihat melalui tiga koleksi dari fasa yang berbeza. Oleh yang demikian, diharapkan buku ini dapat memberi pemahaman dan penelitian yang rinci tentang rekaan gambalan Wayang Kulit Kelantan.
Instructor Biography
Dr. Fara Dayana Mohd Jufry merupakan Pensyarah Kanan bidang teater di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI. Beliau memiliki ijazah dalam komunikasi grafik dan M.A dalam Teater dan Drama dari USM. Fara Dayana menamatkan PhD dengan pengkhususan dalam Wayang Kulit Kelantan di UPSI. Selain mengajar, beliau merupakan pengamal Wayang Kulit Kelantan. Beliau yang merupakan generasi keempat dalang Mamat Semail (1884-1968) sering mengadakan bengkel Wayang Kulit Kelantan bagi melestarikan kesenian ini. Selain itu, beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang teater tradisional Malaysia seperti Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.