image

Buku ini menyorot beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada para mahasiwa-mahasiswi tentang teknik-teknik yang berguna untuk mencapai kecemerlangan akademik. Selain itu, buku ini juga memberikan panduan dan idea yang luas kepada para pembaca tentang bagaimana untuk menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi semasa sesi pembentangan, kemahiran belajar dalam keadaan yang tertekan, kemahiran mendapatkan nota dalam peluang yang amat terhad dan banyak lagi.

Buku ini lain daripada yang lain kerana penulis bukan sahaja memberikan motivasi secara terus, malah penulis juga cuba mengaitkan teknik-teknik motivasi tersebut dengan falsafah-falsafah dalam bidang pengurusan demi mengukuhkan lagi minat dan semangat pelajar untuk berjuang di menara gading. Selain itu, buku ini juga ditulis secara santai namun padat kerana isi kandungan buku ini diceritakan berteraskan teladan dan pengalaman pensyarah yang pernah mencapai kecemerlangan akademik suatu masa dulu. Walaupun buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan mahasiswa di universiti, namun golongan sasaran yang lain seperti pelajar sekolah, penjawat awam dan swasta juga boleh mendapatkan ilmu yang bermanfaat daripada buku ini. Semoga bermanfaat buat semua dan selamat membaca!


Instructor Biography

Mohd Rozaimy Ridzuan merupakan seorang pensyarah dasar awam di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam jurusan Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam. Pada masa yang sama, beliau juga melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam jurusan Pentadbiran Awam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara anugerah yang dicapai oleh beliau semasa dalam pengajian adalah Anugerah Dekan, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Siswazah Cemerlang Negeri Sembilan dan Anugerah Kertas kerja Terbaik. Antara buku yang pernah diterbitkan oleh beliau ialah Dasar Pengambilan Pembantu Rumah Asing Tanpa Ejen: Kebaikan Dan Kelemahan Dasar Baharu, Undang-undang dan Isu-isu Kontemporari Mengenai Pembantu Rumah Asing, LGA 76 Tutor Calendar, The Legal Provisions Relating to Local Government in Malaysia dan 50 Cases Law of Contract.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.