Jumaat Bersama Tok Guru - 3
Sama ada dari dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang berilmu jika tidak belajar. Belajarlah menjadi kuat daripada suatu kehilangan.
Buku ini adalah siri ke-3 “Jumaat bersama Tok Guru” yang saya tulis. Pengisiannya masih lagi membicarakan mengenai tafsir Al-Quran yang disyarahkan oleh Tok Guru.
Antara kandungan yang menarik, adalah;
:: Menelusuri Hikmah Kejadian Diri
:: Peristiwa Pada Tahun Kelahiran Nabi Muhammad
:: Mencari Redha Tuhan Melalui Bukti Nyata
:: Kisah Getir Kiamat dan Neraka Hawiyah dan banyak lagi.
Semoga buku ini bermanfaat untuk pembaca semua.
Instructor Biography
Ann Wan Seng adalah anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah dan motivator. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
Beliau banyak menyumbangkan artikel untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan selain menulis buku. Sehingga kini lebih 50 buku tulisan beliau diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.