Mauizhah Tok Guru
Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?" "Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati." Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT.
Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia. Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya. Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat. Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.
Instructor Biography
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kelantan pada 10 Januari 1931. Pendidikannya bermula dalam Bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah, beliau menyambung pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan beroleh Master Degree in Arts (M.A) dalam bidang Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir.
Permulaan kariernya, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru di Ma’ahad Muhammadi, Kota Bharu sebelum menceburkan diri dalam dunia politik dan pendakwah bebas. Pada tahun 1967, beliau mula bergiat aktif dalam bidang politik.
Beliau pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kelantan Hilir (1967 – 1974), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974 – 1986), Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Semut Api (1986 – 1995) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Chempaka (1995 – 12 Februari 2015).
Dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober 1990 hingga 6 Mei 2013. Tokoh tersohor ini juga pernah menjawat sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (1971 – 1995), Pesuruhjaya PAS Kelantan (1978 dan Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS (1991 – 12 Februari 2015)
Beliau berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka dikurniakan 10 orang anak.
Pada 12 Februari 2015, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau, Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.