image

Buku ini memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupakan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan sebagai sebagai suatu aktiviti bermain yang formal. Dengan itu, hasil gamifikasi lazimnya digelar sebagai permainan serius.

 

Fokus amalan gamifikasi dalam buku ini tertumpu pada bidang pendidikan, dan ia disusuli dengan amalan pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL). Kedua-dua konsep ini dibincangkan dengan panjang lebar bagi memberi kefahaman kepada mereka yang baharu berjinak dalam bidang ini.

 

Langkah-langkah dalam gamifikasi juga dijelaskan bagi menghasilkan permainan yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan. Hasil gamifikasi ini akan lebih bermakna dengan pendedahan kepada pembaca tentang kaedah pelaksanaannya, potensi dan cabaran dalam amalan GBL ini.


Instructor Biography

Tan Wee Hoe ialah Profesor Madya di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Multimedia dalam bidang Filem dan Animasi, Ijazah Sarjana Multimedia dalam bidang Teknologi e-Pembelajaran dari Universiti Multimedia serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan dari University of Warwick, United Kingdom. Beliau aktif menjalankan kajian dan menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang GBL sejak 2008 di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia. Selain itu, beliau dilantik sebagai editor bersekutu International Journal of Game-Based Learning dan Naib Pengerusi Konsortium Permainan Serius Asia. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.