image

Pendedahan awal konsep pedagogi dan pendidikan awal kanak-kanak, prinsip pengalaman pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan berdasarkan Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Nordin Mamat adalah pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman sebagai Ketua Jabatan, Timbalan Dekan HEPA, dan kini beliau merupakan Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi. Berkelulusan PhD Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Faculty of Education, University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom (UK). Kepakaran beliau diiktiraf melalui pelantikan sebagai ahli panel penilai program dan pengerusi panel penggubal Program Standard: Pendidikan Awal Kanak-kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency).


Dr. Azizah Zain bertugas sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum menjadi pensyarah, beliau merupakan guru
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di peringkat ijazah Sarjana Muda, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dalam pendidikan awal kanak-kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Telah berkhidmat selama 32 tahun sebagai pendidik. Mempunyai kepakaran dalam pedagogi pendidikan awal kanak-kanak dan banyak terlibat dalam penyelidikan yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.


Dr. Zaharah Osman merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kepakaran dan kajian penyelidikan beliau adalah dalam bidang Sosio emosi dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Prasekolah) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang guru prasekolah, guru pendidikan khas, guru pemulihan, sekolah rendah, sekolah menengah dan Pegawai Khas Prasekolah.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.