image
RM 41.00

Buku Akidah Islam Menurut Al-Quran dan Hadis membincangkan akidah secara menyeluruh dan sistematik berpaksikan wahyu ilahi. Kandungannya merangkumi pengertian, sumber serta kepentingan ilmu akidah sebagai asas pegangan hidup Muslim. Ia menghuraikan rukun iman enam perkara, sifat Allah dan rasul, konsep syahadah, makrifatullah dan hakikat kejadian manusia, lengkap dengan dalil naqli, aqli dan saintifik. Buku ini turut membincangkan cabaran dalaman dan luaran terhadap akidah seperti syirik, sekularisme, pluralisme dan liberalisme. Pendekatan Ahlus Sunnah wal Jamaah dijadikan asas penting dalam menyatupadukan umat Islam kerana ia menekankan kesatuan akidah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta menolak fahaman yang menyimpang daripada landasan akidah sebenar. Strategi memperkukuh akidah turut dihuraikan melalui pendidikan, keluarga, institusi masjid dan penguatkuasaan undang-undang. Justeru, buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan utama oleh pelajar, pendidik dan masyarakat umum dalam memahami serta mengamalkan akidah Islam secara sahih dan menyeluruh.


Instructor Biography

Azarudin Awang (PhD) ialah Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu. Mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin dan Falsafah (UKM), Sarjana Usuluddin dan Falsafah (UKM), dan PhD dalam bidang Hubungan Etnik dan Perbandingan Agama (UM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang perbandingan agama, dialog agama, pemikiran Islam. Di samping itu beliau juga mempunyai minat dalam kajian perbandingan budaya dan kemanusiaan secara umum. Beliau merupakan penyelidik yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan di dalam jurnal, buku, bab dalam buku dan artikel akademik. Penyelidikan yang sedang dijalankan sekarang oleh beliau ialah kajian Mualaf di Malaysia (Parameter Sambutan Perayaan Bukan Islam di Malaysia).

  • Unit 515 & 516, Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1
    No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350,
    Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • +6 03-7931 0622
  • [email protected]

Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.