image

Buku Panduan Teknik Asas Memanah adalah sebuah buku bertujuan memberi bimbingan asas mengenai sukan memanah terutamanya bagi kategori recurve. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada para pelajar, guru, atlet dan jurulatih yang telah lama dan juga yang baharu berkecimpung dalam bidang sukan ini. Penulisan ini ditujukan khas kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi yang mengikuti kursus kokurikulum sukan memanah di Malaysia.

Kandungan buku ini meliputi penjelasan tentang perkara asas dalam sukan memanah. Perkara tersebut melibatkan panduan bagi menyampaikan ilmu di kalangan jurulatih bagi mewujudkan kaedah pembelajaran dan latihan yang yang lebih berkesan serta sistematik. Kandungan buku ini diperkukuh dengan huraian, ilutrasi, contoh dan video berkaitan dengan topik-topik yang disediakan. Senarai topik penulisan ini merangkumi pengenalan sukan memanah, keselamatan, peralatan, lapang sasar, tekik asas dan pertandingan.

Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Setiap topik ditulis berdasarkan penerangan dan huraian gambar rajah sebagai fakta yang dibahaskan. Kandungan buku ini telah diperkukuhkan dengan contoh video imbasan kod QR yang berkaitan dengan topik yang disediakan. Buku ini juga dapat memberi panduan para pemanah, guru-guru dan jurulatih cara bagaimana mengaplikasi teknik asas memanah mengikut langkah demi langkah dalam proses latihan dan kejurulatihan agar dapat meningkatkan keyakinan yang berterusan dalam persediaan peningkatan prestasi serta kebolehan memanah di peringkat yang lebih tinggi.


Instructor Biography

Mon Redee Sut Txi merupakan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau memperoleh Ijazah dan Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) dari Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Kedoktoran (Sains Sukan dan Psikologi Sukan) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga pernah bertugas sebagai jurulatih memanah di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA selama 5 tahun bermula pada tahun 2009 sehingga 2014. Beliau merupakan pemanah pertama yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athen, Greece. Banyak kejayaan yang dicipta oleh beliau sepanjang bergelar atlet dan antaranya ialah olahragawati Negeri Perak, olahragawati MASUM, olahragawati harapan dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan bagi kategori recurve dan compound sejak tahun 2009 dan pernah menjadi jurulatih pasukan compound kebangsaan pada tahun 2013, jurulatih di peringkat Sukan Sekolah Malaysia, jurulatih kejohanan universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, jurulatih kejohonan SUKMA pada tahun 2010, 2012 serta 2018.

 

Faten Nurfatehah Mat Salleh merupakan graduan dalam bidang Sains Sukan peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi MARA dan Sarjana dari Universiti Sains Malaysia. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sama di Universisti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mula memanah pada tahun 2001 dalam kategori recurve dan beralih ke kategori compound pada tahun 2008. Sejak tahun 2009 sehingga sekarang, beliau merupakan atlet memanah pasukan compound kebangsaan. Pencapaian terbaik beliau ialah memenangi tiga pingat emas bagi acara individu, berpasukan, berpasukan campuran semasa Sukan SEA di Singapura pada tahun 2015. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan di kelab, sekolah, universiti, negeri dan kebangsaan. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.