KAUNSELING UNTUK PENDIDIK: KEPERLUAN DAN MANFAAT DI ALAF 21
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pendidik memainkan peranan penting dalam kemenjadian pelajar baik dari segi akademik, emosi, jasmani, rohani dan sosial pelajar. Namun, beban kerja yang berat dan tekanan yang tinggi sering kali menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi mereka. Buku ini menekankan kepentingan kaunseling untuk pendidik dalam menguruskan tekanan, meningkatkan kemahiran pengurusan diri, dan memperkukuh hubungan dengan pelajar. Terdapat beberapa salah tanggapan yang tinggi di kalangan pendidik mengenai istilah dalam kaunseling mahupun stigma terapi yang masih menebal.
Melalui sokongan kaunseling, pendidik dapat menjaga kesejahteraan mental, meningkatkan prestasi kerja, dan mengangkan kadar ketidakhadiran serta pertukaran pendidik. Cabaran seperti kekurangan guru kaunseling terlatih, stigma terhadap kaunseling, dan keterbatasan dalam pemahaman manfaat ujian psikologi serta pengurusan masa juga dibincangkan. Kesimpulannya, skil kaunseling untuk pendidik adalah keperluan mendesak yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak terlibat dalam sistem pendidikan Malaysia untuk memastikan pendidik dapat memberikan impak positif kepada pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Instructor Biography
Buku ini dikarang dan disusun oleh lima pensyarah UiTM yang berkepakaran khusus dalam bidang psikologi dan kaunseling. Selain berpengalaman mengajar dalam subjek kepakaran masing-masing mereka juga berpengalaman dalam melatih bakal pendidik di peringkat tertiari dan diharapkan dapat memberi panduan ringkas kepada pembaca mengenai cara untuk menangani isu kaunseling yang berlaku dalam konteks sekolah terutama kepada pendidik di Malaysia.
Related Courses
Copyright © 2025 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.